NURHAYATUL SHAHIDA ROSLI

Monday 21 July 2014

Hilang kejap

Hi! Hi! Hahah okay sekarang cerita dia, aku dah busy sgt. Em aku dah sambung belajar kat kolej yayasan pelajaran johor atau lebih dikenali sbg kolej islam johor. Aku ni under Uitm. Haaa cayyok! Hahahah ok dah aku ade test kejap lg! Bye

Monday 24 February 2014

Cari Pengalaman

ASSALAMUALAIKUM! LAMA TAK UPDATE! HAHA OKAY SEKARANG AKU TENGAH BUSY LA. BUSY CARI PENGALAMAN. MAKLUMLAH KERJA. GAJI PERTAMA AKU BOLEHLAH DALAM SERIBU LEBIH. HAHA TAPI DAH HABISLAH. SEBAB AKU BELI BARANG. 
BULAN 3 NI RESULT SPM NAK KELUAR DAH. ARGHHHH! TAKUT BABE! KALAULAHH..... MATI AKU! HOPE EVERYTHING GONNA BE OKAY. AMIN. SEMOGA USAHA AKU TAK SIA-SIA.
OKAYOKAY AKU NAK SAMBUNG PASAL KERJA. AKU KERJA KAT ANGSANA. KAT UO SUPERSTORE. BRAND O'DEAR. BAJU BABY-BABY. HIHI SO SELALU SANGAT JUMPA BABY YANG COMEL-COMEL. NAKAL PON ADA! BUDAKLAH TAPI, BUKAN BABY. HAHA FAHAM TAK? LANTAKLAH. HAHAHA
KAWAN AKU RAMAI KAT UO TU. DARI LEVEL 2, 3. LEVEL 1,4 TAKDE KOT? HAHA SEBAB YANG LAIN TU MACAM ARROGANT SIKET. CEHHHH! HAHA MAAF, MAAF!
OKAYLA. AKU DAH MENGANTUK! BYE ASSALAMUALAIKUM! *ESOK OFF*

Monday 11 November 2013

Legoland again!

Today 11 Nov 2013, Monday. Okay aku nak cerita ni. Haha semalam my family and I went to legoland. Haha budak spm sempat ber'enjoy'! Penat wei. Nasib baik takde paper. Rabu baru ada! Okay tujuan pergi sana nak main water park dia. Tapi takboleh masok pulak. Sebab kena tambah duit la. Our family ada kad masuk tu. Yg kuning tu kan. Okay kalau ada kad tu, kena tambah RM50 seorang. Sekali masuk woi! Kalau takde, lagi la perit! RM105 seorang. Okay last2 kitorang main theme park legoland je. So kira okay la, drpd kena balik tak dapat main pape kan! Hahaha
Aisyah Qaisara Rosli & Aisyah Maisara Rosli

Merekaa lagi! Haha

Eca & Mai


Bersedia utk mandi! Tapi............ Hahaha
Haha budak depan tu tak sabar la tu!
Anak mama :)
Haha here we go!
Hehe keluarga bahagia!
Girls only. Haha
Haa! Ni akuu! yat
Dalam pawagam :) 4D
My sister.
Seronoknyaa!
Nak jadi budak balik Hahaha
Random.
Maizatul and Mirza
Adik yang kedua!
Tudung tak betul sebab kena air! So basah Haha
My father!
Cehh! Konon je tuu Hahaha

Peaceeeeeeeee!  :)




Okay. That's it! Gtg Nak study Sejarah. Next paper woi! Bye Assalamualaikum!












Wednesday 6 November 2013

PERIBAHASA

   PERIBAHASA YANG SAMA MAKSUD DENGANNYA

  1. BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH - BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG, BULAT MANUSIA KERANA MUAFAKAT
  2. BAGAI MENATANG MINYAK YANG PENUH - CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TERASA SAKIT
  3. SETINGGI TERBANG BANGAU, AKHIRNYA HINGGAP DI BELAKANG KERBAU - SEPERTI BELUT PULANG KE LUMPUR
  4. BAGAI PINANG DI BELAH DUA - SEPERTI CINCIN DENGAN PERMATA
  5. BAGAI AUR DENGAN TEBING - BERAT SAMA DIPIKUL, RINGAN SAMA DIJINJING
  6. AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS - CARIK-CARIK BULU AYAM AKHIRNYA BERCANTUM JUGA

Monday 4 November 2013

KEPENTINGAN BELAJAR SEJARAH

   Pelajar masa kini kurang memahami bahawa Sejarah amat penting demi masa depan negara. Subjek Sejarah sering dikatakan sukar. Jadi mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah, pasti mengulangi kesilapan orang pada masa dahulu. Dengan mempelajari sejarah kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan dan sebagainya. Rakyat malaysia khususnya remaja harus mengetahui latar belakang negara kita dan asas pembentukan negara malaysia kerana ini merupakan sejarah negara kita. Oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah.
   Antaranya ialah pelajar boleh mempelajari sejarah kerana dapat menimbulkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, masyarakat kini tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air yang telah berhempas pulas membebaskan negara daripada dijajah oleh komunis. Sebagai contoh, semangat patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat terutamanya golongan remaja. Kesannya, sambutan hari kemerdekaan tidak dibanggakan oleh para remaja hari ini kerana mereka menganggap sambutan itu tidak mendatangkan impak dan faedah sedangkan sambutan itu wajib diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang tanah air. Seterusnya, remaja juga harus sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pejuang-pejuang tanah air. Sepatutnya, nama mereka sentiasa meniti di bibir pejuang negara kerana harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Jelaslah, mempelajari mata pelajaran sejarah dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri remaja masa kini.
   Selain itu, remaja juga perlulah mengambil iktibar daripada peristiwa lalu. Hal ini demikian kerana, mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan akan menjartuhkan martabat negara. Sebagai contoh, ahli-ahli falsafah mengatakan bahawa mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya. Kesannya, pada zaman pendudukan jepun orang kita terdahulu hidup terseksa dan di bunuh tanpa belas kasihan akibat mempercayai janji palsu jepun. Seterusnya, remaja seharusnya sedar yang mereka hidup dalam kehidupan yang aman tanpa jajahan. Jelaslah, kita wajar mengambil iktibar daripada peritiwa lalu.
   Seterusnya, kepentingan kaum juga seharusnya di kekalkan oleh remaja bagi mengelakkan pergaduhan. Hal ini demikian kerana, kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat. Sebagai contoh, negara kita sudah diberikan benih yang baik, kita cuma hanya perlu untuk mencorakkannya. Kesan apabila rakyat bersatu padu, negara kita akan aman dan stabil, maka perpaduan dapat dikekalkan. Seterusnya, negara kita pernah menghadapi tragedi hitam selepas Malaysia mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejarah pahit itu terjadi pada 13 mei 1969. Banyak nyawa yang terkorban dan pada masa itu perpaduan negara ibarat telur di hujung tanduk. Jelaslah, perpaduan negara perlu di titik beratkan supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.
   Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama menarik minat remaja terutamanya pelajar untuk belajar tentang sejarah Malaysia supaya negara Malaysia tetap aman dan damai.

PENUTUP KARANGAN A

 Kesimpulannya, usaha mewujudkan perpaduan kaum  perlu diberi penekanan di negara kita kerana menjadi tonggak kesejahteraan rakyat dan kemakmuran. Oleh itu, semua pihak perlulah bekerjasama dalam memastikan perpaduan dapat dicapai di negara ini. Jelasnya, rakyat Malaysia perlulah bersama-sama menjayakan Gagasan 1 Malaysia seperti yang disarankan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. “ Bersatu teguh, bercerai roboh”.

PENDAHULUAN KARANGAN A

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, CinaIndia dan rakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dan damai malah saling menghormati. Rakyat Malaysia dapat hidup bersatu padu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip-prinsip  Rukun Negara. Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi 13 Mei 1969 kerana rakyat Malaysia sedar akan pentingnya perpaduan bak kata pepatah “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat”. Persoalannnya, apakah usaha-usaha mewujudkan perpaduan kaum di negara kita?