NURHAYATUL SHAHIDA ROSLI

Monday 4 November 2013

KEPENTINGAN BELAJAR SEJARAH

   Pelajar masa kini kurang memahami bahawa Sejarah amat penting demi masa depan negara. Subjek Sejarah sering dikatakan sukar. Jadi mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah, pasti mengulangi kesilapan orang pada masa dahulu. Dengan mempelajari sejarah kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan dan sebagainya. Rakyat malaysia khususnya remaja harus mengetahui latar belakang negara kita dan asas pembentukan negara malaysia kerana ini merupakan sejarah negara kita. Oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah.
   Antaranya ialah pelajar boleh mempelajari sejarah kerana dapat menimbulkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, masyarakat kini tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah air yang telah berhempas pulas membebaskan negara daripada dijajah oleh komunis. Sebagai contoh, semangat patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat terutamanya golongan remaja. Kesannya, sambutan hari kemerdekaan tidak dibanggakan oleh para remaja hari ini kerana mereka menganggap sambutan itu tidak mendatangkan impak dan faedah sedangkan sambutan itu wajib diadakan untuk menghargai jasa-jasa pejuang tanah air. Seterusnya, remaja juga harus sedar bahawa segala kesenangan dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pejuang-pejuang tanah air. Sepatutnya, nama mereka sentiasa meniti di bibir pejuang negara kerana harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama. Jelaslah, mempelajari mata pelajaran sejarah dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam diri remaja masa kini.
   Selain itu, remaja juga perlulah mengambil iktibar daripada peristiwa lalu. Hal ini demikian kerana, mereka yang tidak mempelajari sejarah berkemungkinan akan menjartuhkan martabat negara. Sebagai contoh, ahli-ahli falsafah mengatakan bahawa mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya. Kesannya, pada zaman pendudukan jepun orang kita terdahulu hidup terseksa dan di bunuh tanpa belas kasihan akibat mempercayai janji palsu jepun. Seterusnya, remaja seharusnya sedar yang mereka hidup dalam kehidupan yang aman tanpa jajahan. Jelaslah, kita wajar mengambil iktibar daripada peritiwa lalu.
   Seterusnya, kepentingan kaum juga seharusnya di kekalkan oleh remaja bagi mengelakkan pergaduhan. Hal ini demikian kerana, kestabilan negara bergantung kepada perpaduan masyarakat. Sebagai contoh, negara kita sudah diberikan benih yang baik, kita cuma hanya perlu untuk mencorakkannya. Kesan apabila rakyat bersatu padu, negara kita akan aman dan stabil, maka perpaduan dapat dikekalkan. Seterusnya, negara kita pernah menghadapi tragedi hitam selepas Malaysia mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejarah pahit itu terjadi pada 13 mei 1969. Banyak nyawa yang terkorban dan pada masa itu perpaduan negara ibarat telur di hujung tanduk. Jelaslah, perpaduan negara perlu di titik beratkan supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.
   Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama menarik minat remaja terutamanya pelajar untuk belajar tentang sejarah Malaysia supaya negara Malaysia tetap aman dan damai.

1 comment: